Ketika bangsa India merayakan hari Thaipusam, kami bakal-bakal ibu suatu hari nanti, dengan penuh terujanya mengambil peluang untuk bersenam di pagi Khamis. Bukan untuk berbangga , tetapi seawal jam 6.00 pagi sudah kedengaran jeritan beberapa orang penghuni kediaman Adibah Amin,aras G yang sibuk bertanya sama ada mahu mandi atau tidak sebelum pergi bersenam.Betapa aktifnya mulut kami untuk bercakap walaupun masih di awal pagi. Jadi sesiapa yang tidak mandi tidak perlu risau, rahsia anda tidak akan didedahkan di sini. Marilah sahabat-sahabat semua kita menghayati gambar-gambar di bawah ini. Lihat bukan hanya sekadar lihat tetapi ambillah ini sebagai pembakar semangat untuk kita sama-sama menjaga kesihatan diri. Walaupun kedengaran agak 'poyo' bak kata remaja sekarang, tetapi biarlah, asalkan kita saling berpesan antara satu sama lain untuk kebaikan bersama.
Tergambar di wajah Ecah yang agak ketakutan untuk berada bersebelahan Fasha Ribena. Ecah merupakan pesaing sengit Fasha Ribena dalam senarai gadis idaman warganegara Afrika.Ima gadis yang kecil molek dan manja ini tidak boleh dipandang rendah. Memiliki kaki yang agak kuat untuk memecut pada saat-saat akhir mampu membuatkan pesaingnya, Ila Mache sentiasa berada dalam kerisauan..
Syafinaz, setiap wanita mengagumi akan kecantikannya. Walaupun dalam keadaan berpeluh dan kepenatan, Syafinaz tetap mampu mengekalkan kecantikan semula jadi yang dimilikinya..
Alhamdulillah,nampaknya hari ini Adila dapat menyertai kita untuk bersenam. Adila bertambah semangat apabila diberi tunjuk ajar secara peribadi oleh Ila Mache semasa sesi memanaskan badan..
Tautkan hati-hati kami keranaMu ya Allah..
No comments:
Post a Comment