Thursday, March 3, 2011

Bezday Party ^__^


Hepy burfday to you,
Hepy burfday to you,
Hepy burfday, hepy burfday
hepy burfday to youuuu.....~

Assalamualaikum semua.....

Lagu tu, kami tujukan khas untuk rakan-rakan kami yang menyambut hari kelahiran pada bulan Jan & Feb. SELAMAT HARI JADI buat Khairi, Ain, Adila dan Wafi. Moga kalian sentiasa sihat dan berjaya di dunia dan di akhirat. Tanpa anda semua, tak dapat la kami makan kek-kek yang sedap tu...^__^.






Pada mulanya, kami hendak beli dua kek je. Tapi memandangkan budak kelas kami ni "kuat makan", terpaksalah kami beli tiga kek. Kami semua memang suka makan sebab tu la saiz kami semua "kiut-miut"..heheeee('',) ~Kami nak ucapkan terima kasih kepada mentor kami, Cik Wan kerana belanja kami makan tengah hari. Lauk-pauk sedap…..yummmy!!

Din nampaknya begitu teruja untuk bergambar bersama-sama dengan gadis-gadis impian jejaka IB sehingga tidak sempat menutup mulutnya dengan rapat. Senyuman yang diberikan oleh Adilah dan Ila kelihatan tidak begitu ikhlas kerana perut mereka sedang bergetar hebat menahan lapar. Cik Wan tetap ayu di situ dengan senyumannya yang menggoda. Sesiapa yang melihatnya pasti tertarik, menarik, cik wan memang terbaik!..

Semua orang tidak sabar untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh Shuhaimi. Shuhaimi merupakan 'bidan terjun' pada hari tersebut kerana ustaz taufiq enggan meminjamkan suaranya yang lunak dan merdu pada saat itu. Ima kelihatan begitu khusyuk sehinggakan terpejam matanya akibat terpegun dengan kehebatan shuhaimi membaca doa. Ela, Ain dan Adila pula tersenyum sendiri dan pada masa yang sama hati mereka berkata bahawa 'boleh buat calon suami ni',hehehe.


Thana dan Ela kelihatan sedang bergaduh untuk mendapatkan senduk nasi. Walau bagaimanapun, Nisa tetap mendahului mereka. Syafinaz tergelak kegembiraan kerana berjaya mendapatkan kepak ayam yang diidam-idamkannya selama ini setelah penat bertarung dengan Aisyah.



Kak nuha, gadis ayu yang sentiasa menjadi idaman jejaka-jejaka "bangla" yang diimport khas dari pure bangladesh tersenyum manis mengenangkan surat cinta yang baru diterimanya pagi tadi. Nisa menjeling tajam apabila ima menghalang pandangannya untuk berposing dihadapan kamera. Malumlah, mereka berdua merupakan calon undian yang tertinggi dalam pertandingan "Ratu Kanak-kanak Ribena".




TETAPI MALANGNYA........



‘Kamilah juara…..

Gagah dan perkasa….

Memikat hati juri kita…’~lalalalala

Alamak…ternyanyi la pulak. Biasalah, hati kami berbunga riang seperti lagu ‘bunga-bunga cinta’ nyanyian Misha Omar. Kenapa..?? Laaa….Kamilah juara “Ratu Kanak-kanak Ribena” dua tahun berturut-turut peringkat kebangsaan. Azuan begitu tertekan dan kecewa apabila gadis pujaan hatinya tidak menang dalam pertandingan ini. Sabar ye, adat pertandingan ada yang menang ada yang kalah..peace no war k..('',)





Setelah mulut selesai menjalankan tugasnya dan perut kelihatan sedikit buncit, akhirnya kami sepakat untuk kembali ke mahligai kayangan indah di KK Razali Ismail dan Adibah Amin.


Sebelum tangan berhenti menaip, kami sekali lagi ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI kepada insan tersayang yang lahir pada bulan Jan & Feb. Akhir kata, semoga ikatan yang terjalin bertambah erat dan kekal hingga akhir hayat. Sayang kamu semua…~(^0^)~





Sekian sahaja untuk entri kali ini. Semoga bertemu lagi...^__^

1 comment:

  1. tbaik r! mmg fasha n ecah hot pom. ahak~

    ReplyDelete