Thursday, November 25, 2010

Telur rEbus

salam, buat semua, mlm nie, just nk berkongsi sebuah cerita yg telh ku temui..agak kelakr..dn eloklah d jadikan iktibar buat semua nt..huuhuu..

jooom baca...




Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku.
Kami duduk berdua sahaja sebab masih belum dikurniakan anak.Aku ni ada
satu kegemaran - iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahulah kenapa aku
suka sangat makan telur rebus, mungkin sedap agaknya. Sebelum aku
kahwin, aku memang gila sesangat ngan telur rebus. Pagi petang siang malam
asyikkk makan telur rebus.Tapi sejak aku kahwin,aku terpaksalah berkorban,
iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
pekena telur rebus ni.. sebab setiap hari orang rumah aku masak
sedap-sedap..

So aku dah tak kisah lagilah pasal telor rebus ... Ceritanya bermula
begini, satu hari masa aku balik dari kerja,
tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun tipon bini aku .........katakan yg aku
balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun
singgah la satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan
nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order lagi 3 biji telur rebus
untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur
rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah
aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama
tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba
cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup
mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepala aku. Dan
dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan
isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku pulak
terasa nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak
spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon
berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance la, aku pun
melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya...
bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal
tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan
lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap
beb.. aku sendiri pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan
kasi kurang sikit bau dia... bau telur tembelang............
Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya
tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni.

Aku terasa nak kentut lagi lah, kali ni memang aku rasa power punyalah..
aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan
lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar
sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power
gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam
bangkai la.. maun mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku
sebut 'ahhhh....lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu
hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu
dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka
kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh
lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus
melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam bapak dan
mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling
meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ?
jadi aku pun nak cover malu, aku tanya ler kat pak mertua aku. 'dah
lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab dengan nada sinis........!! Dah lama.....Sebelum kentut ko yang pertama lagi!!'.



p/s: huhuuu..dh bace bukan???so, moral of da story???? pndai2x lah pikir yerr...jngn MALUKAN DIRI ANDA SENDIRI...

salam, jmpa lagi d lain post..

No comments:

Post a Comment